Produk & Perkhidmatan Kami

Khemah-Khemah (Klik Disini)
Cenderamata (Klik Disini)
PA Sistem & Lighting (Klik Disini)
Servis Pembersihan (Klik Disini)

Welcome to Sakura Amaani


Profail Sakura Amaani


SAKURA AMAANI ENTERPRISE adalah sebuah syarikat hak milik bumiputra sepenuhnya yang diterajui oleh Izwan Bin Zubir. Sakura Amaani Enterprise telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan No. Pendaftaran NS0092988 - W, yang telah beroperasi secara rasminya pada 08  Januari 2012 di Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Syarikat ini merupakan syarikat hak milik persendirian dan telah memulakan perniagaan dengan modal sendiri. Syarikat ini telah memiliki premis perniagaan yang telah beroperasi di No. 382 Lorong Sri Wangi 1,  Taman Rashibah Indah, 70400 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

 Pada peringkat awal, Sakura Amaani menjalankan perniagaan dalam bidang pembekalan dan perkhidmatan. Pengkhususan utama dalam bidang membekal peralatan khemah dan peralatan yang berkaitan, antara lainnya, Sakura  Amaani Enterprise juga ada menyediakan perkhidmatan katering, memasak, membekal bahan mentah serta kering dan membekal keperluan P.A Sistem untuk majlis-majlis rasmi kerajaan dan NGO, majlis perkahwinan dan segala jenis majlis rasmi kerajaan dan swasta.

Bagi memperluaskan lagi aktiviti perniagaan Sakura Amaani dalam menjadi sebuah syarikat yang “multipurpose”, syarikat juga meluaskan bidang pembekalan dalam membekalkan cenderamata, piala, baju, uniform, alat-alat tulis, alan bantuan mengajar, peralatan pejabat dan percetakan.

Tambahan lagi, syarikat juga ada menyediakan perkhidmatan dalam kerja pembersihan kawasan dan bangunan, memotong rumput dan mengecat.

SAKURA AMAANI merupakan sebuah syarikat bumiputera yang memberikan komitmen dan berdaya saing demi menyahut seruan kerajaan dalam penglibatan bumiputera bergiat aktif dalam bidang keusahawanan. Syarikat juga memastikan segala operasi syarikat berjalan dengan lancar dan memenuhi permintaan pelanggan. Dengan rangkuman pengalaman, kecekapan pengurusan, teknikal, pekerja yang mahir dan berwibawa, serta perancangan yang tersusun akan memberikan hasil yang berkualiti dan bermutu.

Sakura Amaani Promosi




Sila ke Menu-Menu pilihan yang kami sediakan untuk melihat foto-foto hasil kerja dan produk kami.